Saturday, January 9, 2016

Perbezaan antara Espresso, Cappucino dan Latte

Assalamualaikum.

Ada seorg makhluk Allah ni pernah tanya tntang perbezaan antara Espresso, Cappucino dan Latte ni?  Masa tu memang tak tahu nak jawab apa la kan sebab x tau. Yang aku tau cme minum jer memandangkan aku ni boleh dikatakan peminat Mocha Latte. Hehe. :P So malam ni da buat research skit tntang 3 jenis kopi ni. Urmm 4 actually klu campur Mocha. Now, aku akan terangkan secara simple and steady supaya x heavy sgt nak faham. Jomm scroll ke bawah..

1) Espresso

     Espresso mrupakan kopi yg sgt pekat dan dibuat dgn campuran air yg sgt panas ke dalam kopi sehingga cita rasa khas kopi terasa. Kebiasaanya espresso yg asli diminum tanpa campuran pemanis ataupun susu dan disajikan dalam cawan. So espresso ni btul2 pure pnye rasa kopi. Espresso sendiri bermaksud kopi.






2) Latte


       Di Itali, Latte atau Cafe Latte bermaksud kopi susu. Kebiasaanya popular dalam kalangan remaja2 krna ia disajikan dgn pelbagai gambar-gambar lukisan yg menarik di atas lapisan buih. Well nampak menarik untuk di 'layan' kan? Latte adlh espresso atau kopi yg dicampur dgn susu dan memiliki lapisan buih yg tipis pada bahagian atas. Untuk lebih faham, sepertiga espresso dan dua pertiga susu panas. Latte ni lebih terasa susunya jika dibandingkan dgn cappucino. So Yummy!



3) Cappucino

      Cappucino ni nampak lebih kurang macam Latte sebab campuran yang sama dengan espresso dan susu. Tetapi sebenarnya berbeza tau. Cappucino biasanya dibuat 1/3 espresso, 1/3 susu yang panas dan 1/3 susu yang dikacau smpai berbuih. Berbeza dgn Latte yg kebanyakannya terdiri drpd susu dan buih yg sedikit. Selain espresso yang perghh lg mngancam, unsur trpenting dlm mmbuat cappucino adlh tekstur dan suhu susu. (Ha jgn ingat cincai2 tau nak buat Cappucino yg sedap!) Seorg Barista (pembuat kopi) yg terlatih akan memanaskan susu untuk menghasilkan 'microfoam' iaitu memasukkan udara supaya menjadi buih-buih yang sgt halus ke dlm susu. hal ini akan membuat kan susu tu sngat halus dan terasa manis untuk diminum. :)


So, sekrg da tahu dah perbezaan kan. Lepas ni pergi minum kopi dah tahu nak order apa mengikut selera tekak masing2. Sekadar info untuk kita. Thnks, Enjoy Your Coffee.. :)


( Info dari berbagai sumber)